Pengangkutan Stadium Etihad

Stadium Bandar Raya Manchester terletak di timur Pusat Bandar Raya Manchester. Di stadium ini terdapat 2,000 tempat letak kenderaan dengan 8,000 lagi tempat disediakan di kawasan sekitar stadium yang disediakan oleh peniaga-peniaga dan sekolah-sekolah tempatan yang bekerjasama dengan pihak kelab bola sepak.[41] Stesen kereta api terdekat ialah Stesen Keretapi Ashburys. Jaraknya dari stadium ialah 20 minit berjalan kaki dan perkhidmatan di stesen tersebut adalah terhad.[41] Stesen Manchester Piccadilly iaitu stesen yang menyediakan perkhidmatan kereta api aliran utama dari London, Birmingham dan Edinburgh pula mempunyai jarak 30 minit berjalan kaki. Sesetengah perkhidmatan bas memberikan khidmatnya ketika perlawanan bola sepak berlangsung di stadium itu.[42]

Sambungan sistem trem Metrolink dengan tempat perhentian di stadium telah diumumkan pada tahun 2000, tetapi selepas kajian semula terhadap perbelanjaan kerajaan pada bulan Julai 2004, rancangan itu telah ditangguhkan.[43] Pada bulan Julai 2006, pembiayaan untuk sambungan tersebut telah dikembalikan semula, tetapi untuk tempoh yang singkat.[44] Stesen tersebut iaitu stesen Metrolink Sportcity sedang dalam pembinaan dan akan dibuka pada tahun 2012.[45]

Rujukan

WikiPedia: Stadium Etihad http://www.arup.com/_assets/_download/download153.... http://www.arupassociates.com/AAH_Chrono.asp?strTa... http://mag.ashui.com/index.php/downloads/doc_downl... http://www.flickr.com/search/?q=City%20of%20Manche... http://www.footballgroundguide.com/manchester_city... http://www.gameslegacy.com/cgi-bin/index.cgi/30 http://soccernet.espn.go.com/stats/attendance/_/le... http://soccernet.espn.go.com/stats/attendance/_/le... http://soccernet.espn.go.com/stats/attendance/_/le... http://soccernet.espn.go.com/stats/attendance/_/le...